BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, 25 May 2011

Tetap VS Kontrak

Pekerja Tetap

> mula-mula kerja bukan main bagus...suma kerja dibuat...bila dah dapat tetap? hurmmmm
> sumanya keja jadi hampeh...
> malas nak turun kerja..
> datang lambat setiap hari...
> kerja utama : mengular
> jawatan : anaconda (orang yang kerja nya ngular jak setiap ari)

bos pun x perasan pekerja nya ngular...main keluar jak sesuka hati nya suka


Pekerja kontrak

> mula-mula kerja bersemangat nak keja (dengan niat mudahan dapat diserap dan menjadi pekerja tetap)
> buat kerja dengan hati-hati supaya bos berpuas hati dengan kerja...
> turun kerja sentiasa jak awal....balit keja pun jadi orang yang paling akhir balit...(sungguh baik kan?)
> kerja utama : duduk jaga opis sementera pekerja tetap mengular..hurmmm
> jawatan : serba boleh (nei ndak suma keja org nya buat) haiyaaa....

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DARI DR.FADILAH KAMSAH)

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.


 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....



Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....



Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.



Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL..

Saturday, 23 April 2011

- Mock Iman -

Mak Mok & Iman


Saya ialah Mock Iman a.k.a Kek La Iman ataupun Iman tunggah "Iya"...
Iman lah teman baik saya di rumah..
Mun Iman sik ada, aduh...keboringan la alamatnya..
Mulutnya aduyai ceredit jak...

Iman Madihah

Anak buah a.k.a Anak angkat saya ;) hehehe...

 
Dah sik tauk gik apa mok cita...
Sampai di sini saja la untuk hari ini...
Hehehehe....